PANAS !!! Wardina BERANI MATI Sound 5 Pelajar AF2016 Hingga Buat MEREKA TERDUDUK

loading...


Meskipun kini sudah merantau jauh ke Australia, namun Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot tetap mengambil peduli dengan hal yang berlaku dalam negara ini.

Sebagai contoh, baru-baru ini, Wardina ada memuat naik satu status berbunyi, pelajar Akademi Fantasia tidak layak untuk menyarung jubah konvo yang dikhaskan untuk pelajar yang diiktiraf dari segi kelayakan akademik.

Selebriti yang cukup lantang bersuara ini berkata, dengan menyarung jubah konvo itu, ia seolah-olah merendahkan martabat jubah itu sendiri.

“Saya tak mengikuti perkembangan AF. Saya cuma kurang senang dengan jubah konvo yang mereka pakai di atas pentas. 

“Mereka tidak bergraduasi dari apa-apa. Jubah dan topi graduasi adalah simbol kehormat mewakili ilmu yang dituntut dari institut pengajian tinggi. 

“Graduan layak memakai jubah dan topi mortar tersebut di atas kerja keras, displin dan usaha selama bertahun-tahun menimba ilmu pengetahuan daripada pakar dalam bidang-bidang berkaitan. 

“Bermain graduasi olok-olok ini amat membahayakan. Ia adalah satu penipuan kepada diri sendiri dan masyarakat. Anda tidak bergraduasi daripada apa pun. 

“Ia hanya sebuah rancangan yang bertahan selama beberapa bulan. Itu sahaja. 

<“Saya tak setuju untuk mereka berpura-pura bergraduasi. Semua majlis graduasi olok-olok ini perlu dihentikan.

“Saya merasakan perkara seperti ini tidak menghormati institusi pengajian tinggi dan graduan sebenar,” tulis selebriti berusia 37 itu.




Konsert akhir AF 2016, takhta juara berjaya diraih Amir Syazwan, tempat kedua Amal, ketiga Reshma, keempat Ara dan kelima Afi.

AF2016 dinaungi pengetua, Datuk Shake serta barisan tenaga pengajar, Mas Idayu, Linda Jasmine, Elly Suriaty dan program itu dihoskan Alif Satar dan Zizan Razak. – MYNEWSHUB.CC

Share this article :
+
0 Komentar untuk "PANAS !!! Wardina BERANI MATI Sound 5 Pelajar AF2016 Hingga Buat MEREKA TERDUDUK"

 
Template By Kunci Dunia