Lelaki Kena Belasah Dengan Samseng Baju Merah Rupa-Rupanya Adalah Inspektor Polis, Senarai Nama Samseng Dah Ready, Korang Tunggu dan Lihat

loading...

Lelaki memakai baju T Shirt Bersih 5 yang menunggang superbike yang diterajang oleh Samseng Baju Merah tempoh hari difahamkan adalah salah seorang anggota Polis.

Gambar beliau yang lengkap dengan uniform anggota polis turut disebarkan di media sosial sejak semalam. Nampaknya samseng baju merah sudah silap orang, penyokong Bersih 5 yang nak dibelasah, malangnya anggota polis kena terajang.
Pendedahan ini secara tak langsung turut menafikan dakwaan anak buah Jamal Jamban semalam yang mendakwa Biker Bersih 5 kena terajang sebab langgar beberapa penyokong Baju merah.

Aku ada beberapa kawan anggota polis yang pandangan politiknya cenderung kepada pembangkang. Namun mereka tak berani untuk sertai apa-apa program berkaitan pembangkang kerana bimbang dibuang kerja.
Pada pendapat aku, mamat yang kena terajang dengan samseng baju merah ini bukanlah datang menyokong Bersih 5 secara tulen, tetapi beliau sebenarnya sedang bertugas sebagai SB, atau mata-mata.

Tidak ada masaalah anggota Polis nak menyamar jadi penyokong Bersih untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Aku percaya dalam kalangan Samseng Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Jamban pun tentu ada SB yang menyelinap untuk menjaga keselamatan. Ini tugas Polis kita faham.

Cuma nasib tak baik jika anda SB kena menyamar jadi penyokong Bersih, terpaksa merasa sakit kena terajang dengan samseng baju merah.



Kalau menyamar jadi samseng baju merah insya Allah tak ada siapa nak terajang sebab baju kuning memang dilarang melakukan keganasan. Jika ada penyokong Bersih lakukan keganasan, serta merta kita tahu itu bukan penyokong Bersih.

Seperti semasa Bersih 4, ramai penyokong Bersih sudah siap siaga untuk tangkap mana-mana individu berbaju kuning yang buat provokasi atau bertindak ganas, ramai yang bawa 'cable tie' sebab mereka tahu kalau ada yang buat provokasi atau bertindak ganas mereka itu bukanlah penyokong Bersih sebaliknya penyamar yang mahu sabotaj Bersih.

Berbeza dengan Samseng Baju Merah, anak buah terajang orang pun ketuanya si Jamal Jamban boleh pertahankan siap sokong dan galakkan anak buah dia bertindak ganas.
Share this article :
+
1 Komentar untuk "Lelaki Kena Belasah Dengan Samseng Baju Merah Rupa-Rupanya Adalah Inspektor Polis, Senarai Nama Samseng Dah Ready, Korang Tunggu dan Lihat"

Inspektor ke tapi nampak ada dua calit dekat lengan. Lepas tu kenapa pakai baju uniform tp seluar jeans? Sekadar pertanyaan

 
Template By Kunci Dunia