Guru Disahkan Hamil Lepas Rogol Pelajarnya Yang Berusia 13 Tahun, Namun ALASAN Yang Diberi MEMANG TAK MASUK AKAL

loading...


SEORANG guru wanita dari Washington, Amerika Syarikat menyalahkan sekolah tempatnya mengajar yang menjadi punca sehingga dia terjebak melakukan seks dengan seorang pelajarnya.

Mary Beth Haglin, 24, ditahan selepas dia dilaporkan melakukan serangan seksual terhadap pelajarnya menerusi kesalahan seks dengan pelaku bawah umur.

Menurut Mary, institusi pendidikan itu bertanggungjawab sepenuhnya kerana mereka hanya mendiamkan diri walaupun sudah lama mengetahui mengenai perhubungan cintanya dengan pelajar tersebut.

“Saya takkan melarikan diri dalam hal ini dan akan menghadapi pertuduhan tersebut.

“Situasi sekolah (yang membiarkan hubungan mereka berkembang) kerana malu dengan nama sekolah akan tercemar menyebabkan hubungan kami berterusan. Mereka sudah tahu sejak Februari lalu,” katanya mengulas mengenai dakwaan tersebut.

Dia ditahan selepas pihak atasan melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa baru-baru ini.

Jika disabit bersalah, Mary boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama dua tahun.
Share this article :
+
0 Komentar untuk "Guru Disahkan Hamil Lepas Rogol Pelajarnya Yang Berusia 13 Tahun, Namun ALASAN Yang Diberi MEMANG TAK MASUK AKAL"

 
Template By Kunci Dunia