loading...
(VIDEO) ASTAGHFIRULLAH !!! Syarikat Anjur Pertandingan Paling BERDARAH HIDUNG Buat Pekerjanya, Katanya Untuk Rapatkan Silaturrahim ! Betul Ke ???
Daripada menghabiskan buah di atas pinggan, sebuah syarikat di China sebaliknya meminta pekerja lelaki memakan buah anggur yang digantung di leher pekerja wanita pada program team bulding yang dianjurkan syarikat berkenaan.
Pekerja lelaki diarah untuk memakan buah anggur tersebut yang tergantung di sekitar payudara pekerja perempuan secepat mungkin, dan aktiviti tersebut didakwa bertujuan untuk meningkatkan hubungan silaturahim antara rakan sekerja, lapor portal berita antarabangsa.
Klip video tersebut di muat naik di Weibo oleh seorang pengguna Twitter bernama ‘Black Video’, pada 13 September lalu.
Dalam rakaman berkenaan, buah anggur tersebut telah diikat menggunakan tali dan beberapa pekerja wanita meletakkan di leher, sebelum buah tersebut betul-betul berada di bahagian payudara mereka.
Sementara itu, pekerja lelaki pula diberi cabaran untuk memakan buah tersebut tanpa menggunakan tangan, sebaliknya hanya menggunakan mulut mereka dan mana-mana pasukan yang berjaya menghabiskan buah anggur paling cepat dikira sebagai pemenang, petik laporan tersebut lagi.
Meskipun acara tersebut dilihat sebagai pelik dan tidak senonoh, namun mereka yang melihat aktiviti tersebut kedengaran ketawa, selain pekerja wanita kelihatan memberi galakan kepada pekerja lelaki supaya makan buah anggur dengan cepat.
Menerusi rakaman itu, seorang lelaki memakai baju berjalur menjadi peserta pertama yang berjaya menghabiskan buah yang diikat pada pasangannya, sementara wanita berkenaan melompat kegembiraan atas kemenangan mereka.
Ini bukan pertama kali perkara mengejutkan sepert ini berlaku di China kerana sebelum ini juga beberapa perkara pelik turut dilakukan oleh pekerja di China, antaranya membabitkan 40 orang pekerja di sebuah firma yang diarah makan buah peria gara-gara mereka gagal memenuhi sasaran jualan mingguan mereka.
0 Komentar untuk "(VIDEO) ASTAGHFIRULLAH !!! Syarikat Anjur Pertandingan Paling BERDARAH HIDUNG Buat Pekerjanya, Katanya Untuk Rapatkan Silaturrahim ! Betul Ke ???"