'Maafkan Saya. Jika Dia Tak Rakam Video #@*&, Semua Ini Takkan Berlaku' - Lepas Diceraikan Along Cham, Zila Seeron Tampil Dengan Video LEBIH HANGAT

loading...


Penyanyi terkenal, Zila Seeron atau nama sebenarnya Nor Azilah Seeron memohon pembelaan berhubung tuntutan nusyuz yang difailkan bekas suaminya, pelawak Along Cham pada 12 Mei lalu.

Zila selaku defandan mengangguk faham ketika Hakim Syarie menyebut semula tuntutan nusyuz yang difailkan plaintif iaitu bekas suaminya Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33 namun memohon pembelaan menerusi peguam syarie mewakilinya, Nurul Aini Yusoff.

Abdul Halim telah membenarkan permohonan defendan untuk meneliti dokumen dan memasukkan pembelaan berhubung kes berkenaan.

Mahkamah menetapkan kes berkenaan didengar semula pada 29 September depan.

Sementara itu, bekas peserta program Maharaja Lawak Mega (MLM) itu memberitahu mahkamah mereka sudah tinggal berasingan sejak lima bulan lalu dan Zila selaku defendan dalam kes berkenaan keluar daripada rumah kelamin mereka tanpa kebenarannya.

Jelasnya lagi, isterinya itu bertindak keluar daripada rumah kerana tidak suka dimarahi disebabkan sikapnya yang malas memasak.

Zila ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada pagi Isnin enggan memberikan sebarang komen berhubung penceraiannya.

Dia sempat memohon maaf kepada semua di atas kesilapan dilakukannya, selain dari itu hanya perkataan ‘no komen’ yang keluar dari mulutnya.


Share this article :
+
0 Komentar untuk "'Maafkan Saya. Jika Dia Tak Rakam Video #@*&, Semua Ini Takkan Berlaku' - Lepas Diceraikan Along Cham, Zila Seeron Tampil Dengan Video LEBIH HANGAT"

 
Template By Kunci Dunia